comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu rakyat, kemiskinan tegar antara komitmen Kerajaan MADANI berterusan – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi berucap ketika menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat negeri di perkarangan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong di sini. – FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu rakyat seperti kemiskinan tegar, pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas adalah komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk diselesaikan terutama di Kelantan.

Beliau berkata perkara itu seboleh-bolehnya diselesaikan dengan segera agar tidak terus membelenggu pihak terkesan.

“Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan membantu mana-mana kerajaan negeri.

“Perkara itu saya bangkitkan sewaktu menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri Kelantan yang buat kali pertama dipengerusikan saya dalam membincangkan penyelesaian isu-isu pembangunan di Kelantan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini malam ini.

Anwar berkata usaha Kerajaan Persekutuan membantu Kerajaan Negeri Kelantan membabitkan keseluruhan pegawai kanan kerajaan yang hadir ke taklimat itu antaranya Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini