KUANTAN: Kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal dijangka dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara esok.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah memanggil saksi-saksi termasuk Teresa bagi merakam keterangan untuk melengkapkan siasatan.
“Dalam masa dua hari mungkin esok kita akan hantar ke AGC (Pejabat Peguam Negara),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.
Tan Sri Razarudin sebelum ini dilaporkan berkata, polis telah menerima 50 laporan berhubung kenyataan Teresa setakat 12 tengah hari semalam.- BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.