comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Isu tertunggak Malaysia-Singapura harus diselesai demi kepentingan rakyat

Oleh : Kamaruddin Mape

SINGAPURA: Malaysia dan Singapura sepakat usaha untuk menyelesaikan isu-isu tertunggak membabitkan kepentingan kedua-dua negara, disegerakan.

Antaranya penyelesaian segera isu perjanjian air Malaysia-Singapura untuk membolehkan kadar harga bekalan air ke republik itu ditingkatkan sekali gus menampung kos penyelenggaraan punca bekalan air.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong juga mengulangi komitmen meningkatkan kerjasama yang sedia terjalin dan menyelesaikan sebarang isu dengan cara baik dan membina.

Komitmen kedua-dua pemimpin berkenaan dizahirkan menerusi  Pernyataan Bersama di akhir Sesi Permukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-10, di Singapura, hari ini.

Selain air, antara isu tertunggak lain membabitkan kedua-dua negara adalah mengenai ruang adara.

“Kita akan dapat maanfat kerana mudahkan perjalanan itu bila ada ada persefahaman dan ini telah tercapai, seperti juga air.menangguhkan itu tidak akan memberi keuntungan kepada kita,” menurut Anwar.
Jelas beliau, kedua-dua negara akan bekerjasama untuk memastikan Johor dapat meningkatkan kapasiti bekalan air untuk keperluan Johor dan Singapura.

Sementara itu, kedua-dua pemimpin juga bersetuju membentuk semula Jawatankuasa Teknikal Bersama bagi menyambung perbincangan mengenai usaha melindungi kualiti air, selain meningkatkan hasil Sungai Johor seperti termaktub dalam Perjanjian Air Sungai Johor 1962.

 

“Ia (isu tertangguh) tidak bergerak secepat diharapkan. Kadang-kadang ada sebab mengapa ia terjadi. Kami berharap perkara ini akan diselesaikan,” ujar Hsien Loong.

Namun, ada juga pencapaian yang membanggakan dengan tahap pembinaan projek Sistem Transit Rapid Link (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands di Singapura.

Kedua-dua pemimpin berharap projek terbabit yang boleh menampung 10 ribu penumpang setiap jam, setiap arah, dapat siap pada masanya menjelang akhir 2026.

Loading...
Terkini