comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu ‘waris Sultan Sulu’: Hajiji sambut baik tindakan Kerajaan Persekutuan kendali kes, harap terus berpihak kepada Malaysia buat selama-lamanya

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada Majlis Penyerahan Kenderaan pacuan empat roda (4×4) kepada Pejabat Kawasan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di Menara Kinabalu, hari ini.

Oleh Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah menyambut baik keputusan terkini Mahkamah Perlembagaan Sepanyol menolak rayuan perlembagaan luar biasa difailkan sekumpulan individu yang mendakwa diri mereka sebagai ‘waris Kesultanan Sulu’.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata sambil mengikuti rapat perkembangan isu itu, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada Kementerian berkaitan di peringkat persekutuan dalam mengendalikan kes terbabit serta berharap ia terus berpihak kepada Malaysia buat selama-lamanya.

“Kita cukup senang hati kerana tuntutan yang telah dikemukakan itu telah dibatalkan oleh pihak yang berkenaan di Spain dan di France ini menunjukkan bahawa tuntutan itu tidak berasas sama sekali jadi amat menyenangkan perasaan rakyat Sabah dan juga kerajaan kita,”

“Memang kita serahkan kepada Kementerian Luar negeri dan juga pihak Menteri bertanggungjawab Menteri Undang-undang untuk menyelesaikan masalah ini dengan baik dan selama-lamanya.” katanya

Beliau ditemui media selepas melancarkan Majlis Penyampaian Kenderaan pacuan empat roda (4×4) kepada Pejabat Kawasan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di Menara Kinabalu.

Semalam media melaporkan mahkamah Perlembagaan Sepanyol menolak rayuan perlembagaan luar biasa difailkan sekumpulan individu yang mendakwa diri mereka sebagai waris Kesultanan Sulu berhubung pembatalan pelantikan Dr Gondoza Stampa sebagai penimbang tara dalam kes pertikaian antara Malaysia dan Sulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan baru saja menerima pengesahan rasmi bahawa rayuan perlembagaan difailkan penuntut itu ditolak dan pembatalan pelantikan Stampa (yang sudah muktamad dan mengikat) turut disahkan Mahkamah Perlembagaan Sepanyol.

Sementara itu mengulas mengenai Majlis penyerahan kenderaan 4×4 kepada UPPM hari ini jelas Hajiji, ia sumbangan Kerajaan Negeri untuk setiap satu di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri DUN Sabah.

“Kerajaan Negeri telah menyumbang membeli tiap-tiap satu UPPM setiap kawasan DUN sebuah kereta tujuannya adalah untuk memberi kemudahan kepada pegawai kita untuk melawat kawasan-kawasan kampungterutama sekali luar bandar,”

“jadi saya berharap dengan adanya kereta kenderaan untuk UPPM ini maka kelancaran tugasan yang diamanahkan kepada mereka dapat dilakukan dengan lebih berkesan,” katanya.

Loading...
Terkini