comscore
Tumpuan :
Nasional

Itu bukan Azriel Abam Bomba tapi ‘scammer’

TANJONG KARANG: Orang ramai khususnya peniaga diingatkan tidak terpedaya dengan individu bernama Azriel yang mengaku anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kenyataan memaklumkan, individu berkenaan disyaki memesan makanan daripada peniaga sekitar Tanjong Karang menggunakan nombor telefon 018-957 3964 kononnya untuk aktiviti dan kursus di balai bomba tersebut, sebelum modus operandinya tular di laman sosial.

Pengarah JBPM Negeri, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya difahamkan ramai peniaga kecil atau besar sudah terkena dengan taktik individu itu.

“Dia menggunakan nama dan gambar pegawai kami yang bertugas di BBP Tanjong Karang untuk menipu penduduk. Untuk makluman, tiada sebarang aktiviti atau kursus di BBP Tanjong Karang,” katanya.

Wan Md Razali berkata, pihaknya turut dimaklumkan peniaga yang terbabit mengalami kerugian dengan modus operandi “Order makanan sebanyak 180 pax selama tiga hari”.

“Pemilik nombor telefon itu menggunakan gambar profil pasukan BBP Tanjong Karang. Semalam kami mendapat maklumat ini daripada orang awam yang menjadi mangsa,” katanya.

Susulan kejadian itu, pihaknya membuat laporan polis di Balai Polis Tanjong Karang.

“Anggota bomba yang namanya disalah guna individu tidak bertanggungjawab itu memaklumkan beliau tidak menggunakan nombor telefon seperti tular di laman sosial,” katanya.

Loading...
Terkini