comscore
Tumpuan :
Nasional

IUKL lancar kafeteria pelajar sumbangan wakaf khas

FOTO: Facebook/KPT

Oleh Qirana Nabilla Mohd Rashidi

KAJANG: Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) melancarkan pembukaan kafeteria SweetSis Cafe yang dibina hasil daripada dana wakaf khas.

Dana tersebut dikumpulkan dari dana wakaf IUKL dengan Kerjasama Perbadanan Wakaf Selangor.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hadir ke IUKL hari ini bagi merasmikan pelancaran pembukaan kafeteria tersebut.

Kehadiran beliau disambut oleh Naib Canselor IUKL, Datuk Prof Dr Noor Inayah Yaakub dan rakan-rakan industri yang hadir bagi menyampaikan sumbangan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hadir ke IUKL hari ini bagi merasmikan pelancaran pembukaan kafeteria SweetSis Cafe.

Antara rakan industri yang turut hadir adalah Amanah Raya Berhad, Yayasan Amanah Raya, Perbadanan Wakaf Selangor, Lembaga Zakat Selangor, AUF MBZ Sdn Bhd, Dewan Perdagangan Islam Malaysia dan Masjid Ikram.

 

Sumbangan ini juga membolehkan kafeteria ini menghidangkan Menu Siswa Rahmah bagi membantu meringankan beban kos sara hidup pelajar terutamanya dari golongan B40 seperti yang diharapkan oleh kerajaan.

Ia sekaligus mampu untuk menjimatkan kos perbelanjaan makan dan pelajar IUKL setiap hari.

Menu Siswa Rahmah merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan sajian yang berharga serendah RM3.50 di setiap institusi pengajian tinggi sama ada IPTA mahupun IPTS.

Loading...
Terkini