comscore
Tumpuan :
Nasional

Jabatan Peguam nafi keluar kenyataan pendakwaan KSN

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan sekeras-kerasnya bahawa AGC ada mengeluarkan kenyataan berhubung proses pendakwaan ke atas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali.

Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun dalam kenyataan hari ini, merujuk kepada kenyataan media palsu bernombor rujukan PRO.100-3/6/4 Jld. 5 (11) Pendakwaan Ke Atas Tan Sri Zuki Bin Ali – Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang disebarkan.

Sebelum ini, satu kenyataan akhbar tular kononnya dikeluarkan AGC berkait pendakwaan terhadap Ketua Setiausaha Negara.

Menerusi kenyataan media palsu itu, Jabatan Peguam Negara dikatakan menerima kertas siasatan berhubung isu pendakwaan ke atas Zuki dari Pegawai Khas Perdana Menteri atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambah kenyataan palsu itu, jabatan itu turut menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan pertuduhan ke atas Zuki adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan dan bukan atas desakan oleh mana-mana pihak atau faktor lain.

Loading...
Terkini