comscore
Tumpuan :
Nasional

Jabatan Peguam Negara wartakan undang-undang PKP fasa 2

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) sudah mewartakan undang-undang Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) 2020 ketika fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang dilanjutkan dari 1 hingga 14 April.

Menerusi satu kenyataan malam tadi, AGC memaklumkan bagi fasa ketiga PKP, yang dilanjutkan dari 15 hingga 28 April, jabatan itu sedang menyediakan undang-undang berkenaan.

AGC turut menyenaraikan empat undang-undang yang berkuat kuasa bagi tempoh mulai 1 hingga 14 April 2020 iaitu;

1)Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) 2020

2)Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)

3)Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 2) (Pindaan) 2020

4) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengkompaunan Kesalahan-Kesalahan) (Pindaan) (No 2) 2020.

Loading...
Terkini