comscore
Tumpuan :
Nasional

Jabatan Perhutanan diarah pasang alat amaran bencana – MB

BAGAN SERAI: Jabatan Perhutanan Negeri Perak mengambil tindakan segera memasang alat amaran bencana alam di tempat yang mengorbankan empat beranak di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, berdasarkan laporan di kawasan berkenaan belum pernah berlaku kejadian kepala air.

“Jabatan hutan ada memasang alat amaran di beberapa kawasan di situ dan sekiranya lokasi kejadian di bawah pengawasan mereka, kita minta memasang alat penggera keselamatan atau amaran bencana di situ.

“Sesiapa pun yang berada atau berkelah atau mandi manda di kawasan sungai yang ada air terjun, kena sentiasa berwaspada kerana kemungkinan besar hujan itu berlaku di hulu dan bukan di kawasan mereka berkelah.

”Jadi perkara ini mereka perlu peka dan beri perhatian,” katanya dalam sidang media selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin,Bagan Serai.

Menurutnya kerajaan negeri melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai yang juga Exco Negeri Perak, A Sivanesan telah pun berkunjung ke lokasi bagi mengetahui keadaan sebenar.

“Saya belum pun dapat maklumat sebenar di lokasi dan dijangka kerajaan negeri akan turut membantu keluarga berkenaan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini