comscore
Tumpuan :
Nasional

JAINJ keluarkan kebenaran tambahan kepada 14 masjid dan surau laksana ibadah korban

Pengurus salah sebuah pusat penyembelihan di Kangkar Pulai, Mohammad Al-Amin Osman sedang melihat ternakan kambing yang akan dijadikan korban sempena Aidiladha.

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memberi kebenaran tambahan kepada 14 buah masjid dan surau di negeri itu bagi melaksanakan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha, bermula Isnin ini.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan 298 buah masjid dan surau berbanding 284 masjid dan surau dapat melaksanakan ibadah korban.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAINJ, Mohd Khalil Mohd Noor berkata, Kelulusan tambahan itu bagi memberi peluang kepada umat Islam melakukan ibadah berkenaan.

Menurutnya, kebenaran itu hanya tertakluk kepada masjid dan surau yang mempunyai ruang penyembelihan khusus dan lengkap.

Jelasnya, JAINJ telah mengeluarkan garis panduan berhubung pelaksanaan ibadah korban pada tahun ini dan telah diedarkan kepada semua masjid dan surau terbabit.

Ujarnya, JAINJ bekerjasama dengan Jabatan Veterinar Negeri Johor bagi memastikan semua haiwan korban sihat dan bebas daripada sebarang penyakit.

Tinjauan di sebuah pusat penyembelihan di Kangkar Tebrau, Johor Bahru mendapati persiapan akhir giat dilakukan.

Jumlah permintaan bagi haiwan korban juga meningkat kepada 1,500 ekor, berbanding hanya 850 ekor tahun lalu.

Menurut pengurus salah sebuah pusat penyembelihan di Kangkar Pulai, Mohammad Al-Amin Osman, SOP penyembelihan korban dilakukan secara ketat.

“Dia orang akan sentiasa guide kita, Jabatan Agama Islam sentiasa sentiasa memantau dari segi penyembelihan dia orang buat kursus penyembelihan kerjasama dengan Jabatan Veterinar agar tukang sembelih benar-benar mahir ketika menyembelih dan tidak menyiksa ternakan” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini