comscore
Tumpuan :
Nasional

JAINJ pantau pusat pengajian Islam diasaskan Rohingya

 

Foto: NSTP

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memantau secara dekat dan memastikan mendapat tauliah dan kebenaran bagi semua pusat pendidikan dan pembelajaran Islam di negeri ini termasuk dibina komuniti Rohingya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khaled berkata, pemantauan perlu dilaksanakan bagi memastikan tiada penyemaian fahaman ekstremis dan radikal.

Beliau berkata, langkah itu diambil seperti yang tertakluk mengikut Enakmen Pengawalan Pendidikan Agama Islam Negeri Johor.

Katanya, perundangan berkenaan terpakai membabitkan semua pusat pembelajaran dan pengajian Islam daripada pendidikan awal sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

“Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) adalah badan yang mengawal selia Agama Islam di negeri ini, siapa yang mengajar, apa yang diajar, kitab apa yang dipandu, kita kena ambil tahu.

“Oleh itu, MAIJ dan JAINJ perlu mengambil tanggungjawab ke atas semua premis pendidikan berkenaan. Ini bagi menunjukkan kesungguhan kita membuat tugasan dan kawalan penyebaran agama Islam, dalam masa sama mengelakkan kebimbangan yang mungkin berlaku masa depan,” katanya.

Terdahulu, Mohd Fared mengunjungi pusat pembelajaran Islam yang dibangunkan komuniti etnik Rohingya di Kampung Senibong, di sini.

Pusat pengajian komuniti Rohingya yang diwujudkan sejak 2020 itu membabitkan tiga tenaga pengajar dan memiliki seramai 113 pelajar berusia enam hingga 10 tahun yang dikenakan bayaran RM50 sebulan.

Beliau berkata, selain di Mukim Plentong, Mohd Fared berkata, pihaknya turut mengesan pusat pembelajaran Islam komuniti Rohingya ini di kawasan Tiram dan Kempas serta di daerah lain di negeri ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini