comscore
Tumpuan :
Nasional

JAIPk tahan dua penuntut kolej swasta dipercayai bersekedudukan

IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menahan dua penuntut sebuah kolej swasta selepas disyaki bersekedudukan di sebuah rumah di Meru Raya di sini.

Rumah jenis apartment berkenaan dipercayai disewa oleh penuntut lelaki dan tinggal bersama penuntut wanita yang difahamkan bukan mahramnya.

Susulan penahanan itu, mereka dibawa ke pejabat JAIPk untuk disoal siasat.

Sementara itu, Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim mengesahkan penahanan kedua pelajar itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini