comscore
Tumpuan :
Nasional

JAKIM anjur kempen baca yassin, solat hajat seluruh negara

Oleh Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Umat Islam seluruh negara diminta untuk membaca Yasin, solat hajat dan doa di rumah masing-masing malam ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi satu hebahan di Instagram, turut mengajak masyarakat bermunajat supaya dunia diselamatkan daripada wabak COVID-19.

“Surah Al-Kahfi juga digalakkan dibaca malam ini. Anda juga bebas memilih untuk baca apa jua surah.

“Yang penting bersama-sama kita munajat pada Allah SWT dengan penuh ketundukan agar keresahan didamaikan, kekalutan ditenangkan, kesukaran dimudahkan dan keperitan diringankan.

“Doakan juga petugas barisan hadapan yang sedang berjihad di medan mereka,” katanya.

Turut dimuat naik, poster untuk kempen berkenaan.

Loading...
Terkini