comscore
Tumpuan :
Nasional

JAKIM serah peruntukan RM56.4 juta kepada Kerajaan Selangor

Mohd Na’im (dua dari kanan) mempersembahkan ‘mock cheque’ peruntukan Kerajaan kepada kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah hari ini. – FOTO: Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar/ Facebook

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyerahkan peruntukan Kerajaan berjumlah RM56.4 juta kepada Kerajaan Selangor untuk diagihkan sebagai imbuhan tahunan dan elaun kepada 11,558 penerima membabitkan guru KAFA, imam, bilal, siak dan guru takmirdi negeri berkenaan.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, peruntukan itu dipersembahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah hari ini.

Menurutnya, peruntukan itu adalah bagi pembayaran imbuhan kepada 752 imam (RM850 sebulan), 242 guru takmir ( RM900 sebulan), 2,800 guru KAFA ( RM1,261.35 sebulan), caruman PERKESO kepada 2,482 imam, bilal, siak dan guru takmir (RM 232.80 setahun).

Katanya, peruntukan itu termasuk bayaran khas ‘one-off’ RM600 kepada 752 imam,1,488 bilal dan siak, 242 guru takmir dan 2,800 guru KAFA.

“Peruntukan kewangan JAKIM kepada KerajaanSelangor ini adalah sebahagian daripada jumlah RM1.5 bilion bajet pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam 2023 yang telah diumumkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Bajet 2023 Februari lalu”.

“JAKIM berharap dengan peruntukan tersebut pengurusan hal ehwal Islam di negara ini akan dapat terus diperkasa bagi membina generasi Al-Falah yang berkualiti selaras dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Loading...
Terkini