comscore
Tumpuan :
Nasional

JAKIM Tidak Terima Aduan Lelaki Mengaku Cicit Nabi

FOTO: JAKIM

Oleh Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak menerima sebarang aduan rasmi mahupun laporan berhubung lelaki mengaku cicit Nabi Muhammad SAW yang didakwa terbabit penipuan wang dan nasab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya akan melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk mengambil tindakan jika menerima aduan.

“Kadang-kadang sesetengah pihak menuding jari mengatakan JAKIM tidak mengambil tindakan tetapi sebenarnya ia di luar bidang kuasa JAKIM kerana tindakan tertakluk di bawah bidang kuasa negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Agensi dan Majlis Apresiasi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di sini, hari ini.

Sebelum ini, netizen dikejutkan dengan dakwaan kononnya warganegara Maghribi, Sayyid Muhammad Amin Hamid Alidrisi Alhasani yang mengaku dirinya sebagai keturunan ke-38 Rasulullah SAW terbabit penipuan wang dan nasab di negara asalnya.

Sayyid Muhammad Amin sebelum ini berada di Malaysia dan menghadiri beberapa siri jelajah ceramah sebelum pulang ke Maghribi beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, siri jelajah individu berkenaan dibatalkan di beberapa negeri termasuk Kedah, Terengganu, Melaka dan Kelantan disebabkan beberapa isu seperti keraguan terhadap dakwaannya.

Loading...
Terkini