comscore
Tumpuan :
Nasional

Jamin Bekalan Ayam Mencukupi Di Pasaran – MAFI

SEBERANG JAYA : Menjelang pemansuhan harga siling ayam pada 1 Julai nanti, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjamin bekalan ayam mencukupi dalam pasaran.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, kerajaan juga telah mengambil langkah menyimpan stok ayam sebanyak 21 tan metrik bagi mengelakkan kekurangan.

“Kalau ikut pada asal, kita dah melebihi sehingga 104 hingga 105 peratus, maknanya keluaran kita 64 juta tan metrik, berbanding keperluan kita hanya 54 tan sepatutnya kita berlebihan ayam tapi pelbagai faktor tidak dapat dielakkan satu ketika kita berkurangan ayam, tapi sekarang telah kembali seperti biasa,” katanya 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Penang FAMA Fest 2022 di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini. 

Selain pengeluaran yang tinggi, katanya kerajaan juga akan terus memastikan bekalan ayam dalam negara mencukupi walaupun dalam keadaan luar biasa.

Ia termasuk memberi tanggungjawab kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan untuk melaksanakan simpanan stok ayam daripada pengeluar ayam luar negara dengan peruntukkan sebanyak RM62.5 juta.

Jelasnya, NAFAS telah mula mengimport ayam bulat daripada pengeluar ayam dengan simpanan stok pertama sebanyak 21 tan metrik.

Ia antara langkah awal LPP dalam melaksanakan program stok penimbal ayam bagi tujuan menstabilkan keperluan bekalan ayam negara.

Bermula 1 Julai depan, subsidi kepada penternak ayam akan dihentikan dan harga ayam akan diapungkan berdasarkan pasaran.

Loading...
Terkini