comscore
Tumpuan :
Nasional

Jana kuasa baharu bagi penuhi keperluan tenaga di Sabah

Foto hiasan

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memerlukan sokongan Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam menzahirkan hasrat untuk membina sebuah jana kuasa baharu berkemampuan 700 megawatt bagi memenuhi keperluan tenaga di Sabah.

Pengerusinya, Datuk Wilfred Madius Tangau berkata, jana kuasa baharu itu penting dibina dalam usaha syarikat berkaitan kerajaan itu menangani masalah bekalan elektrik yang berlaku di negeri ini.

“Untuk memastikan rancangan itu menjadi kenyataan, SESB sangat memerlukan sokongan kerajaan pusat dan negeri ke arah usaha menyelesaikan ‘load shedding’ secara tuntas.

“Pembinaan jana kuasa berkapisiti 700 megawatt itu mendapat kerjasama China,” katanya dalam kenyataan.

Tangau yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, SESB bercadang membina jana kuasa ‘combine cycle gas turbine’ (CCGT) dengan menerusi ‘belt and road’ dengan China.

Sehubungan itu, beliau mohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyenaraikan perkara itu dalam perbincangan beliau dengan Presiden China, Xi Jinping, yang akan melakukan lawatan di Malaysia sempena 50 tahun persahabatan kedua-dua negara tahun depan.

“Saya akan pasti seluruh warga kerja SESB melakukan persiapan sebaik mungkin serta memastikan rancangan itu berjaya dilaksanakan,” katanya.

Tangau berkata, penjanaan 700 megawatt tenaga elektrik milik SESB itu nanti akan beroperasi menggunakan gas.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan mengarahkan PETRONAS membekalkan gas pada kadar RM15/mmBTU kepada SESB untuk tujuan berkenaan.

Katanya, jana kuasa baharu itu diharapkan dapat dilaksanakan pembinaan dalam tempoh dua tahun kerana ia penting untuk menstabilkan tenaga elektrik di Sabah.

Loading...
Terkini