comscore
Tumpuan :
Nasional

Jangan berselindung di sebalik uniform dan kuasa – KPN

Foto: NSTP

PETALING JAYA: Kesemua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinasihatkan agar tidak berlindung di sebalik uniform dan kuasa bagi tujuan untuk melanggar undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebaliknya mereka sewajarnya berusaha mendapatkan keyakinan rakyat bagi memastikan imej PDRM terus dimartabat.

“Kalau tengok banyak benda baik PDRM buat tapi disebabkan satu isu, contohnya kes di Perak baru-baru ini (pegawai kanan polis didakwa melanggar seorang pelajar tingkatan lima), terus menghukum PDRM, padahal banyak isu-isu lebih bagus dilakukan anggota.

“Saya juga pesan perkara ini pada diri saya, bukan kepada anggota dan pegawai sahaja. Jadi lah pegawai yang bagus supaya imej PDRM ini baik,” katanya selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Negeri Sembilan hari ini.

Dalam pada itu, Razarudin turut menegaskan, soal pangkat bukan menjadi ukuran bagi pihaknya untuk mengenakan tindakan terhadap mana-mana anggota yang terlibat kes jenayah mahupun salah laku.

“Kita tak akan kompromi, malah kita buka kertas siasatan untuk tindakan tatatertib. Untuk makluman, saya telah tandatangan tahan kerja kepada pegawai berpangkat DSP itu (pegawai didakwa melanggar pelajar) pada petang itu juga,” katanya.

Loading...
Terkini