comscore
Tumpuan :
Nasional

Jangan biarkan pesakit mental bersama warga emas, kanak-kanak – Pakar

Foto hiasan

Oleh: Aslina Abu Bakar

PETALING JAYA: Asingkan pesakit mental daripada golongan yang lemah boleh menghalang perkara luar jangkaan daripada berlaku.

Pakar Psikologi, Dr Noor Aishah Rosli ketika dihubungi Buletin TV3 berkata, keluarga memainkan peranan penting dalam mengenal pasti perubahan tingkah laku dan emosi ahli keluarga.

Dr Noor Aishah Rosli, Pakar Psikologi

“Kita perlu berhati-hati dan peka dengan perubahan emosi ahli keluarga kita, terutama mereka yang mengalami masalah mental, terlibat dalam penyalahgunaan dadah ataupun mempunyai tingkah laku panas baran.

“Jangan sesekali meninggalkan mereka dengan kanak-kanak atau warga emas kerana golongan ini senang untuk diapa-apakan oleh pelaku memandangkan mereka golongan yang lemah,”katanya.

Jelasnya, seseorang yang pernah mengalami masalah mental dan mendapatkan rawatan psikologi adalah individu yang perlu sentiasa dipantau ahli keluarga.

“Mereka yang mengalami masalah mental atau dalam proses rawatan dan sedang mengambil ubat, kebiasaannya tingkah laku mereka memang mudah berubah-ubah.

“Mereka cenderung mempunyai ‘mood swing’ atau ketidakstabilan emosi, sering tertekan, dan marah sehingga segala tingkah laku mereka di luar jangkaan,”katanya.

Jelasnya, keluarga perlu membantu dan bertanggungjawab menghantar mereka menjalani terapi dan mengambil ubat secara konsisten kerana ianya penting untuk mengawal emosi, halusinasi dan delusi pesakit.

Loading...
Terkini