comscore
Tumpuan :
Nasional

Jangan guna jawatan, kedudukan untuk kayakan diri – PM

KUALA NERUS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengingatkan ahli politik, pimpinan peringkat pusat serta penjawat awam tidak menggunakan jawatan dan kedudukan mereka untuk memperkayakan diri serta sanak saudara.

Beliau menegaskan perbuatan itu amat dipandang serius dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terbabit.

Beliau berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat perkara berkenaan mengikut lunas perundangan.

“Soal menjadikan pimpinan di mana peringkat sekali pun sebagai amanah (dan) jangan menggunakan kuasa Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Besar, ahli majlis kerajaan negeri atau apa pun jawatan untuk memperkayakan diri dan sanak saudara.

“Ini yang ditekankan tentang prinsip dalam tata kelola itu sebagai satu amanah dan tanggungjawab kepada Allah SWT. Jadi saya percaya dan minta semua pimpinan di peringkat Persekutuan dan penjawat awam memahami kerana apa yang kita cuba lakukan dalam negara Madani ini yang pertama membetulkan ketempangan, salah guna kuasa yang berlaku sehinggakan hampir setiap saluran, setiap projek ada ketirisannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Dewan Al Muktafi Billah Shah Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Terdahulu, kerajaan mengarahkan agar siasatan dijalankan berhubung laporan Malaysia mengalami kerugian mencecah RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun akibat rasuah dan ketirisan.

Loading...
Terkini