comscore
Tumpuan :
Nasional

Jangan guna ketidakstabilan kerajaan untuk perang saraf

Penganalisis politik, Dr. Azmi Hassan (kanan)

Oleh Zaid Shah Hemat Zulkarnain

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, Dr. Azmi Hassan berkata kenyataan yang dibuat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, itu membelakangkan apa yang diinginkan rakyat.

Beliau berkata rakyat sudah serik melalui situasi politik tidak stabil berikutan pertukaran kerajaan.

“Jadi seharusnya kalau nak berperang saraf pun janganlah menggunakan ketidakstabilan kerajaan itu sebagai modal, umpan. Kerana rakyat mahu kerajaan mahu kerajaan menumpukan seratus peratus dalam mentadbir negara,” katanya kepada Buletin TV3.

Beliau juga menegaskan agar pihak pembangkang memberi ruang kepada kerajaan untuk mentadbir negara dalam mendepani cabaran ekonomi dan bukannya bermain naratif untuk menumbangkan kerajaan.

“Seharusnya jangan digunakan perkara munukar kerajaan ini kerana pengalaman lama. Paling penting orang politik seharusnya mempelajarinya tapi nampak gayanya ia tidak tercetus,” tambahnya lagi.

Terdahulu media melaporkan, Abdul Hadi berkata Perikatan Nasional (PN) berhak untuk meneruskan rancangan menumbangkan Kerajaan Perpaduan maskipun ada yang meremehkan perkara itu.

Tambahnya, tindakan menjatuhkan kerajaan adalah biasa dalam politik.

Loading...
Terkini