comscore
Tumpuan :
Nasional

“Jangan jadikan bencana banjir sebagai pesta air” – Polis

Oleh: Zahir Senapiah

KOTA TINGGI: Polis mula menguatkuasa larangan orang ramai masuk ke kawasan bandar yang dilanda banjir.

Arahan berkuatkuasa serta merta itu kata Ketua Polis Daerah, Superintendan Hussin Zamora, bertujuan mengelakkan orang ramai berkumpul menyaksikan serta meredah air banjir dalam kawasan bandar tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Ujarnya, bahagian pencegahan jenayah & keselamatan komuniti dan bahagian siasatan & penguatkuasaan trafik telah diarah membuat sekatan di semua laluan masuk dan keluar dari bandar.

“Masyarakat perlu peka dengan wabak yang berpotensi disebarkan berpunca daripada penyakit bawaan air seperti jangkitan pernafasan akut, konjunktivitis (sakit mata), leptospirosis, cirit birit, Hepatitis A, taun/ kolera, demam kepialu (typhoid), jangkitan kulit, malaria dan cacar air” tegasnya.

Usaha itu juga katanya bertujuan mengelak kes jenayah seperti pecah masuk premis dan kecurian.

Justeru orang ramai diingatkan agar mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan tidak melintasi tali kepungan polis yang telah dipasang.

“Jangan jadikan bencana banjir sebagai satu pesta air” katanya.

Loading...
Terkini