comscore
Tumpuan :
Nasional

Jangan lengah-lengahkan pelaksanaan dasar yang diumum kerajaan – PM

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PUTRAJAYA: Dalam pada itu Perdana Menteri memberi teguran kepada penjawat awam untuk tidak melengah-lengahkan pelaksanaan dasar-dasar yang diumumkan kerajaan.

Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, penjawat awam tidak boleh lagi menggunakan cara lama dalam melaksanakan segala dasar kerajaan kerana pendekatan itu tidak mungkin memberi kejayaan kepada pentadbiran dan negara.

“Kalau kita guna ‘pace’ lama percayalah kita tidak akan berjaya, kita mesti lebih efisyen,” katanya dalam ucaptama Majlis Townhall Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) di sini hari ini.

Katanya penjawat awam boleh memberi input segera sekiranya merasakan keputusan yang dibuat Jemaah Menteri dirasakan ‘tidak bijak’.

“Kepesatan dan kecepatan kelulusan itu sangat mendesak, tambah-tambah lagi sekiranya dirasakan keputusan itu tidak bijak, segeralah beri input.

“Penjawat awam mesti jalankan dasar yang dibuat, bila ada keputusan, laksanakan dengan cepat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini