comscore
Tumpuan :
Nasional

Jangan percaya dakwaan pakai seluar pendek, selipar tidak dibenar mengundi

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan pengundi supaya tidak percaya dengan hebahan maklumat mengenai etika pakaian yang menyatakan memakai seluar pendek dan selipar tidak dibenarkan memasuki pusat mengundi.

Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom berkata, pengundi tidak perlu risau kerana isu pakaian yang tular itu adalah berita palsu.

“SPR hanya ada satu peraturan sahaja iaitu tidak boleh pakai baju atau topi yang ada simbol parti politik.

Itu sahaja peraturan SPR.”Semua berita lain yang menyatakan seluar pendek tidak boleh pakai, selipar tidak boleh pakai, itu semua palsu.

Kalau was-was, dapatkan penerangan di laman sesawang SPR,” katanya ditemui Bernama selepas mengundi dan melakukan tinjauan perjalanan proses pengundian di Sekolah Kebangsaan 2 Sultan Alam Shah, Seksyen 11 di sini, hari ini.

Azmi berkata, rakyat Malaysia yang layak mengundi harus datang mengundi mengikut masa yang digalakkan atau datang pada bila-bila masa sebelum jam 6 petang jika ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan.

Beliau berkata, setakat tengah hari tadi, SPR tidak menerima sebarang aduan atau laporan serius mengenai perjalanan PRU-15 dan berharap proses pengundian berjalan lancar sehingga pusat mengundi ditutup jam 6 petang ini. – Harian Metro

Loading...
Terkini