comscore
Tumpuan :
Nasional

Jangan timbulkan provokasi: Polis Brickfields

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis Daerah Brickfields meminta mana-mana penyokong parti politik untuk tidak melakukan sebarang provokasi sempena istiadat pelantikan Perdana Menteri ke-10, yang dijadualkan hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan provokasi atau menimbulkan sebarang isu membabitkan agama dan perkauman.

“Sempena Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung jam 5 petang ini, di Istana Negara, pihak polis meminta semua pihak mematuhi undang-undang.

“Ini bagi memastikan proses demokrasi dan pelantikan ini berjalan dengan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan untuk tidak memuat-naik sebarang posting atau apa jua sisipan di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran atau salah faham kepada masyarakat umum.

“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi serta tindakan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Loading...
Terkini