comscore
Tumpuan :
Nasional

Janganlah spekulasi sampai kaitkan istana – Razarudin

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: ‘Jangan timbulkan spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan termasuk mengaitkan dengan ‘istana’,” tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika mengulas kejadian serangan terhadap tiga pemain bola sepak negara.

Beliau berkata, sehingga kini Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) masih lagi menyiasat motif sebenar kejadian serangan dan samun terhadap Akhyar Rashid, Faizal Halim dan Safiq Rahim.

Razarudin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan yang ditimbulkan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab dalam media sosial yang seolah-olah sudah mengetahui motif kejadian itu dengan fitnah yang tidak benar dan tidak berasas.

“Bila ada yang menyebut kononnya ada pembabitan pihak istana dalam kes ini, ini adalah benda-benda yang tidak sepatutnya berlaku disebabkan kita (polis) sendiri belum dapat motif sebenar.

“JSJ juga masih lagi sedang bertungkus-lumus ke arah perkara itu dan petang tadi Pengarah JSJ, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sendiri sudah turun ke lokasi kejadian serangan terhadap Faizal di Damansara.

“Sekarang ini pihak tidak bertanggungjawab termasuk laman telegram Edisi Siasat (ES) seolah-olah sudah menyelesaikan dan menjatuhkan hukuman sendiri dengan membuat spekulasi dan fitnah yang dia dapat daripada mana pun kami tidak tahu,” katanya ketika ditemui di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) 2024, di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini