comscore
Tumpuan :
Nasional

Jari murid tersangkut pada tombol pintu sekolah

SETIU: Seorang murid lelaki terpaksa menahan sakit lebih 45 minit selepas jari tangan kanannya tersangkut pada tombol pintu sebuah sekolah di sini, hari ini.

Dalam kejadian berkenaan, murid tahun tiga itu terpaksa dihantar oleh guru serta penjaga ke Klinik Kesihatan Sri Langkap dengan keadaan jari masih tersepit pada tombol pintu sebelum pihak klinik menghubungi bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, BBP Setiu, Penolong Penguasa Bomba PPgB, Mohd Razli Rapiae berkata mereka menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 12.05 tengah hari tadi.

Sembilan anggota bomba bersama pegawai digerakkan ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa.

“Operasi membantu mangsa mengambil masa kira-kira 45 minit untuk memotong tombol serta mengeluarkan jari mangsa yang tersangkut dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Selepas itu, mangsa diserahkan semula kepada pihak klinik.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini