comscore
Tumpuan :
Nasional

JARING sambut baik tindakan sita bot pukat tunda

Pengerusinya Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING), Che Ani Mt Zain.

Oleh: Kumaran Rajamoney

JERLUN: Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING) menyambut baik tindakan Jabatan Perikanan Malaysia menyita bot pukat tunda yang menceroboh zon larangan penangkapan ikan bagi vesel komersial.

Pengerusinya, Che Ani Mt Zain menjelaskan tindakan itu wajar, serta mahu hukuman lebih berat yang dicadangkan jabatan itu disegerakan.

“Kita tengok dari segi ancaman kepada nelayan pantau itu sangat besar apabila banyak alat tangkapan yang digunakan kami seperti pukat, dirosakkan bot pukat tunda ini.”

“Tindakan pencegahan ini penting kerana dapatan kajian dari Pertubuhan Makanan Sedunia menyifatkan lautan pantai barat semenanjung berisiko mengalami kekurangan yang signifikan menjelang tahun 2048 jika aktiviti bot pukat tunda dijalankan tanpa kawalan,” katanya.

JARING juga katanya menyambut baik hukuman baru bagi kesalahan menangkap ikan di zon A terhadap vesel pukat tunda yang menyenaraikan hukuman yang setimpal.

Terdahulu Sabtu lalu, Jabatan Perikanan Malaysia menyita 10 bot pukat tunda yang menceroboh zon larangan di Perairan Taman Laut Pulau Payar di Langkawi dan Perairan Mukahead hingga Perairan Gertak Sanggul di Pulau Pinang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini