comscore
Tumpuan :
Nasional

JAS Kedah kesan pencemaran sungai akibat pelepasan sebuah fasiliti

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Kedah mengesan pencemaran Sungai Padang Terap yang dipercayai berpunca daripada pelepasan dari longkang sebuah fasiliti di Kepala Batas, di sini pagi tadi.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab menjelaskan langkah pengesanan itu dijalankan susulan aduan diterima JAS mengenai pencemaran sungai itu dengan bahan berwarna merah dan mengeluarkan bau busuk.

“Sampel bahan telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisa. JAS Kedah juga telah mengarahkan pihak fasiliti untuk menjalankan pembersihan longkang dan sungai. ”

“Pihak fasiliti bersetuju untuk menjalankan pembersihan tersebut selain menjalankan siasatan dalaman bagi mengenalpasti punca kejadian dan akan mengemukakan laporan kepada kami,” katanya.

JAS Kedah juga katanya telah mengarahkan sisa pembersihan disimpan sementara waktu untuk menentukan jenis bahan yang dilepaskan.

“Sekiranya bahan tersebut didapati jatuh dalam kategori Buangan Terjadual, pihak fasiliti akan diarah untuk melupuskannya hanya di premis-premis yang dilesenkan oleh JAS”.

Orang ramai juga diminta tidak bimbang dengan keadaan itu, dan dinasihatkan tidak menghampiri atau melakukan sebarang kegiatan di kawasan tersebut buat sementara waktu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini