comscore
Tumpuan :
Nasional

JAS Kedah sita premis sisa elektronik beroperasi secara haram

Foto Ihsan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah

Oleh: Kumaran Rajamoney

SUNGAI PETANI: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengesan sebuah premis yang menjalankan aktiviti penstoran dan pemerolehan kembali buangan elektronik secara haram.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab dalam satu kenyataan memaklumkan premis di Kawasan Perusahaan Bukit Selambau itu, telah diserbu semalam dan mendapati menjalankan aktiviti peleburan sekerap logam tanpa lesen.

“Premis ini didapati pernah memohon dan mendapat Kelulusan Laporan EIA pada 28 Mac 2022 bagi menjalankan proses pulihguna buangan-buangan terjadual bagi kod SW104 (metal dross, dust & slag with copper contents), SW422 (Electronic cables with copper wires) sekerap logam.”

“Walau bagaimana pun, premis didapati gagal memohon lesen dibawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan mendapatkan lain-lain kelulusan serta kebenaran bagi alat-alat kawalan pencemaran,” katanya.

Premis itu disyaki cuba untuk menjalankan aktiviti pemerolehan kembali buangan elektronik dengan mencampurkan buangan terjadual tersebut dengan sekerap logam di dalam aktiviti peleburan.

Pemerhatian awal katanya mendapati terdapat kemungkinan sisa elektrik dan elektronik tersebut diimport secara secara haram melalui pintu-pintu masuk ke negara ini.

Dalam serbuan ini, JAS katanya telah menyita sebanyak 214 palet buangan terjadual yang dipercayai buangan elektronik dengan berat anggaran sebanyak 170 metrik tan.

Kes katanya disiasat dibawah Seksyen 18(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Seksyen 34A (6), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Seksyen 34B (1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

 

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini