Oleh: Aslina Abu Bakar
PELABUHAN KLANG: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor masih menyiasat punca ribuan ikan di Sungai Chandong, Pulau Indah, di sini, mati.
Pengarahnya, Nor Aziah Jaafar ketika dihubungi memaklumkan, setakat ini sampel air laut telah diambil.
Katanya, siasatan bertujuan menentukan jika ada unsur berpotensi berlaku pencemaran dan kematian ikan.
“Setakat ini, tiada sebarang bukti kematian ikan ditemui akibat pencemaran sisa industri atau sisa toksik.
“Bagaimanapun keputusan analisa daripada jabatan kimia mengenai punca sebenar, belum dapat dipastikan,”katanya.
Menurutnya lagi, pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Perikanan Negeri yang melakukan post mortem terhadap spesies ikan-ikan laut yang terdampar di kawasan sungai itu, tempoh hari.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.