comscore
Tumpuan :
Nasional

Jasmine Loo serah diri pada polis – KPN

Jasmine Loo Ai Swan

Oleh: Izzatie Rizan

BUKIT AMAN: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 7 Julai lalu.

Beliau berkta Jasmine Loo, 49, hadir ke IPD Dang Wangi dengan ditemani peguamnya sebelum ditahan dan direman bermula Sabtu lalu.

Tan Sri Razarudin berkata siasatan ke atas Jasmine Loo dijalankan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait siasatan ke atasnya.

“Kita masih menjalankan siasatan dan akan bekerjasama dengan agensi berkaitan yang sekiranya memerlukan Jasmine Loo sebagai saksi atau tertuduh terutama dengan pihak SPRM.

“Kita juga akan menyemak dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) sekiranya Jasmine Loo dikehendaki (sebagai saksi atau tertuduh),” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman.

Enggan mendedahkan lokasi penahanan Jasmine, PDRM juga kata sedang mengesan beberapa lagi dalang yang terlibat dalam kes 1MDB.

“Kita tak akan berhenti siasatan, semua suspek berada dalam radar kita.” tegasnya.

Loading...
Terkini