comscore
Tumpuan :
Nasional

Jawatankuasa khas pantau projek dengan China diputus Kabinet esok

Oleh Syafiqah Damanhuri

PETALING JAYA: Penubuhan jawatankuasa khas bagi memantau laporan projek dengan China bakal diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu antara langkah susulan yang diambil pihaknya selepas lawatan ke Republik itu minggu lalu.

“Memang kita akan bincang dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok langkah-langkah susulan samada perlu ada jawatankuasa khas atau tidak”.

“Setakat ini pogram dan projek ini dipantau oleh  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang saya rasa mampu menyelenggarakan kerana persiapan dibuat oleh Kementerian Luar, MITI dan pegawai sangat memuaskan hingga menyebabkan kita dapat mencapai prestasi diharapkan.” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Menurut Datuk Seri Anwar, dalam lawatan beliau itu tumpuan turut diberi kepada isu berkaitan kedudukan masyarakat Islam di negara berkenaan.

“Kita beri tumpuan juga kepada kedudukan masyarakat Islam di Beijing dan Hainan.”

“Saya agak terkesan apabila Perdana Menteri China, Li Qiang memberi jamuan makan malam dengan menghormati iftar dan menunggu sehingga waktu berbuka puasa bersama rombongan,” katanya.

Loading...
Terkini