comscore
Tumpuan :
Nasional

Jawatankuasa Khas siasat fahaman GISB diwujudkan – Na’im

Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Sebuah Jawatankuasa khas untuk menyiasat fahaman Global Ikhwan Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) akan diwujudkan, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Menerusi satu kenyataan, beliau berkata jawatankuasa itu diletakkan di bawah seliaan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan bertujuan menyiasat dan membanteras akar umbi ajaran menyeleweng.

“Jawatankuasa Khas ini diletakkan di bawah seliaan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menjalankan fungsi membantu memberikan sokongan data dan kajian kepada pihak berkuasa termasuk kepada Jawatankuasa Muzakarah MKI.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan membantu untuk menyediakan rumah perlindungan kepada kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dalam Op Global tersebut. Pada masa sama, akan membantu memberikan khidmat rundingcara dan kaunseling kepada mangsa yang terlibat,” ujarnya.

Selain itu, Na’im berkata pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diarah untuk memberikan kerjasama penuh kepada Polis Driaja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan.

Tambahnya, JAKIM juga akan membawa isu berkenaan kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk memutuskan dalam perkara-perkara berkaitan akidah.

Sementara itu, Na’im turut menegaskan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan isu-isu berkaitan akidah umat Islam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini