comscore
Tumpuan :
Nasional

JBPM Johor diarah kaji strategi kurangkan respond time panggilan kecemasan

JOHOR BAHRU: Jabatan bomba dan penyelamat  JBPM, Johor diarah mengkaji startegi bagi mengurangkan tempoh masa bertindak atau respond time terhadap panggilan kecemasan.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan penyelamat, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, ia susulan peratus pencapaian kes di bawah 10 minit pada tahun lalu di Johor,  kurang memuaskan iaitu hanya 57.7 peratus berbanding National Average Response Time NAR-T yang ditetapkan iaitu di bawah 9 minit 30 saat.

Ujarnya, sepanjang tahun lalu Johor merekodkan 14,451 panggilan kes kecemasan iaitu kedua tertinggi selepas Selangor.

“Saya mahu Pengarah dan pengurusan tertinggi JBPM Johor untuk mengkaji dan mencari strategi dan solusi terbaik agar pencapaian respond time itu dapat diperbaiki pada masa akan datang” katanya.

Beliau sebelum itu menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, sijil Perkhidmatan Terpuji dan sijil Perkhidmatan 30 tahun kepada 166 anggota bomba Johor,  di Johor Bahru.

Beliau juga mengumumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan 509 perjawatan baharu bagi mengisi kekosongan di seluruh negara tahun ini.

Jumlah itu termasuk 276 jawatan yang telah diluluskan fasa pertama manakala 233 lagi  bagi fasa kedua yang sedang dalam proses.

Katanya lagi,  pengisian jawatan baharu itu merupakan sebahagian daripada 1,483 kekosongan yang ditawarkan J-B-P-M.

Ketika ini JPBM  mempunyai 13,265 anggota dan pegawai yang bertugas di 338 balai bomba seluruh negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini