comscore
Tumpuan :
Nasional

JBPM rancang tambah empat aset udara, tambahbaik keberkesanan operasi

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

GUA MUSANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM, dalam perancangan memperluas asetnya dengan penambahan empat helikopter baharu.

Pengarah Bahagian Udara , Datuk Nazili Mahmood berkata, JBPM telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk tujuan penambahbaikan keberkesanan operasi dan keupayaan Emergency Air Ambulance Rescue Services (EMARS).

Ujarnya lagi, penambahan aset ini juga adalah bagi menggantikan beberapa aset sedia ada yang berusia hampir 30 tahun.

Seiring penambahan aset udaranya, JBPM turut merencana empat pertambahan empat pangkalan udara baharu di Senai, Wakaf Tapai, Kuching dan Kota Kinabalu.

Ujarnya, usaha itu kini berada di peringkat proses perolehan tanah.

“Di bahagian utara kita dah ada Pangkalan Bertam, untuk Wilayah Tengah kita ada di Subang, dan satu lagi di Miri, Sarawak.

“Jadi kalau dari sini (Gua Musang) ke Wakaf Tapai lebih kurang setengah jam masa bertindak, kalau perancangan ini berjaya masa akan lebih singkat lagi untuk tiba di lokasi,” katanya selepas mendaratkan bantuan kepada masyarakat Orang Asli di Pos Belatim, Gua Musang.

Dalam operasi hari ketiga penghantaran bakul makanan yang dijalankan bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), sebanyak 395 bekalan makanan didaratkan Bahagian Udara JBPM membabitkan 18 kampung.

Loading...
Terkini