comscore
Tumpuan :
Nasional

JCESTC 2023 perkukuh hubungan bilateral Malaysia-Rusia dalam bidang pengajian tinggi

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Lapan  Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Rusia melibatkan bidang saintifik, pendidikan serta memperhebat promosi Bahasa Melayu dan Rusia dalam kalangan mahasiswa serta Institut Pengajian Tinggi ditandatangani.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata kerjasama itu penting bagi mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara khususnya dalam bidang pengajian tinggi.

“Fokus diberikan kepada sektor pendidikan tinggi dengan kedua-dua buah negara memberikan komitmen untuk meningkatkan bilangan pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing; merintis jalinan kerjasama organisasi yang terlibat dalam bidang saintifik dan pendidikan; serta memperhebat promosi Bahasa Melayu dan Rusia dalam kalangan mahasiswa serta IPT masing-masing.”katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Persekutuan Rusia,Valery Falkov sempena penganjuran Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Rusia bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan kali ke-2 (JCESTC 2023).

“Selain itu, Malaysia-Rusia bersetuju untuk memperkemas semua dokumen dan perjanjian bersifat bilateral yang telah termeterai selama ini melibatkan kerjasama antara jabatan; pengiktirafan program dan kursus pengajian dari IPT Rusia; memudahkan urusan visa bagi warga Rusia yang ingin meneruskan pengajian di sini termasuk hal-hal berkaitan pengangkutan udara antara Malaysia dan Rusia.”

Ujarnya, kedua-dua negara optimis dengan hasil perbincangan yang tercapai melalui JCESTC ini dan berharap usaha yang dilakukan nanti bakal membawa lebih kemakmuran kepada semua pihak.

Loading...
Terkini