comscore
Tumpuan :
Nasional

Jejambat persimpangan Bukit Setongkol – Kemunting dibuka esok

Jejambat dari persimpangan Bukit Setongkol ke Kemunting akan dibuka mulai jam 8 pagi esok.

KUANTAN: Kenderaan boleh mula melalui jejambat dari persimpangan Bukit Setongkol ke Kemunting di Jalan Persekutuan (FT421), di sini yang akan dibuka mulai jam 8 pagi esok.

Pembukaan jejambat bernilai RM47 juta itu, dipersetujui secara bersama antara Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,

Menerusi kenyataan bersama hari ini, Alexander dan Wan Rosdy berasakan pembukaan jejambat perlu disegerakan bagi memudahkan pengguna terutama rakyat Pahang menggunakan jejambat itu sebagai laluan alternatif.

“Ia sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas akibat pertambahan jumlah kenderaan terutama pada waktu puncak dan cuti umum serta menjadikan masa perjalanan lebih singkat.

Laluan Persekutuan FT12 Kilometer 72 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan dibuka semula.

“Projek pembinaan jejambat ini adalah kesinambungan kepada projek pembinaan sebuah jambatan baharu merentasi Sungai Kuantan menghubungkan bandar Kuantan Ke Bandar Putra, Tanjung Lumpur yang kini dikenali sebagai Jambatan Putra, di mana ia telah dibuka secara rasmi pada 21 Februari 2021.

“Projek ini dibiayai Kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR),” menurut kenyataan itu.

Projek jejambat dari persimpangan Bukit Setongkol ke Kemunting adalah skop kerja tambahan bagi projek pembinaan sebuah jambatan baharu merentasi Sungai Kuantan menghubungkan Bandar Kuantan Ke Bandar Putra, Tanjung Lumpur yang diluluskan secara perjanjian tambahan dengan kos projek bernilai RM47 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini