Tumpuan :
Nasional

Jeli dilanda banjir semula, 19 mangsa dipindahkan ke PPS

Jeli kembali dilanda banjir selepas hujan lebat sejak petang tadi, menyebabkan 19 mangsa dipindahkan ke PPS. – Foto ihsan penduduk

KOTA BHARU: Jeli kembali dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka semula malam ini susulan hujan lebat sejak petang semalam.

Seramai 19 mangsa membabitkan empat keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Balah malam tadi.

Setakat malam tadi, beberapa kampung di daerah berkenaan mengalami hujan lebat dan dijangka mangsa yang akan dipindahkan semakin bertambah.

Sebelum ini, PPS Jeli sudah ditutup sejak tiga hari lalu selepas banjir di daerah berkenaan pulih sepenuhnya sebelum kembali dibuka malam tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 
 
Loading...
Terkini