PETALING JAYA: Malaysia Airlines mengesahkan pesawatnya MH156 ke Jeddah, berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini ekoran masalah teknikal yang dihadapi pesawat terbabit sebaik berlepas.
Dalam satu kenyataan ringkas, Malaysia Airlines memaklumkan penerbangan itu selamat mendarat di KLIA jam 4.56 petang.
Ke semua penumpang telah dibawa ke hotel dan akan menaiki penerbangan jam 9 pagi esok ke Jeddah.
Terdahulu, media melaporkan sebuah pesawat Malaysia Airlines yang membawa 259 jemaah daripada dua agensi untuk menunaikan umrah, terpaksa berpatah balik selepas hampir dua jam berlepas dari KLIA.
Berdasarkan maklumat dipaparkan laman web www.Flightaware.com, penerbangan MH156 itu berlepas dari KLIA pada pukul 3.13 petang dan selamat mendarat pada pukul 4.56 petang.
Setakat 8.50 malam, MAS masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden berkenaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.