comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah Awang Askandar dibawa turun ke Camp 3

Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub. -FOTO: Facebook

PUTRAJAYA: Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Leftenan Kolonel (PA), Awang Askandar Ampuan Yaacub, yang meninggal dunia Jumaat lepas, selamat tiba di Camp 3 pada jam 7 pagi waktu Nepal hari ini.

Ketua ME 2023, Azim Afif Ishak yang dihubungi sebentar tadi berkata, jenazah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah itu dibawa turun dari Camp 4 dengan bantuan enam malim gunung secara manual menggunakan pengusung.

Menurutnya, ketika ini pasukan penyelamat berehat sebentar selepas bergilir-gilir mengusung jenazah selama sembilan jam sebelum meneruskan perjalanan ke Camp 2.

Menurut beliau lagi, keadaan cuaca ketika ini kurang baik, berangin dan mendung serta suhu sekitar negatif 23 darjah celsius di bawah paras beku.

“Perjalanan dari Camp 3 ke Camp 2 dijangka mengambil masa selama dua jam dan ia bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya.

Azim berkata, setiba di Camp 2 jenazah akan terus diterbangkan dengan helikopter ke Everest Base Camp (EBC)  seterusnya dibawa ke hospital di Kathmandu untuk proses selanjutnya.

Katanya, sekiranya keadaan cuaca mengizinkan jenazah dijangka diterbangkan ke Khatmandu pada 1 tengahari waktu Nepal.

Loading...
Terkini