comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah Azza Fahmi selamat dikebumikan

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid
 
BIDOR: Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, anggota polis yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi Jumaat selamat dikebumikan petang tadi.

Jenazah Allahyarham dikebumikan dengan penuh istiadat pengebumian Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor kira-kira jam 6.55 petang.

Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, dekat Bidor, di sini, hari ini. – FOTO: NSTP

Terdahulu van jenazah yang membawa Allahyarham dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Johor Bahru tiba di kediaman keluarganya di Kampung Poh pada pukul 6 petang.

Jenazah arwah kemudian disolatkan dengan diimamkan oleh bapanya Azhar Khaiden, 54 tahun.

Sementara itu di tanah perkuburan, kira-kira 500 orang terdiri daripada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Yusri Hassan Basri dan ahli keluarga serta kenalan Allahyarham turut hadir.

Ahmad Azza Fahmi, 22 tahun bersama seorang lagi anggota polis, Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 23 tahun maut dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada jam 2.45 pagi.

Seorang lagi anggota, Koperal Mohd Hasif Roslan yang tercedera akibat tembakan kini mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini