comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah Bad Indigo dikebumi selepas solat Jumaat hari ini

FOTO: bad.indigo_official/ Instagram

KUALA LUMPUR: Jenazah penyanyi Indigo, Bad akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat, hari ini.

Menerusi kenyataan keluarga Allahyarham, jenazah akan diuruskan di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya.

Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah meninggal dunia di tempat kerjanya iaitu bengkel kereta Reiber Auto,  Ampang, jam 7.30 malam.

Bad Indigo sempat titip pesanan kepada peminat tiga hari lepas, agar semua dilimpahkah rezeki dan pahala dan diberikan kesihatan oleh Allah SWT. – FOTO: bad.indigo_official

Sementara itu, pemilik Reiber Auto dikenali Wanohar mengumumkan bengkel kereta itu ditutup buat sementara waktu bagi memberi penghormatan buat Allahyarham.

Allahyarham pernah mengumumkan menghidap kencing manis dan telah menjalani pembedahan membuang tiga jari kaki, 9 Mei tahun lalu.

Kesemua jari kakinya juga terpaksa dipotong beberapa bulan kemudian.

Bagi memudahkan pergerakan, Allahyarham Bad dilaporkan menggunakan bantuan alat ‘walker’ dan kerusi roda.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini