HOME / Nasional

Jenazah Dino Selamat Dikebumikan

Jenazah Dino selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh. FOTO Zahir Senapiah

Jenazah bekas kru produksi unit sukan Media Prima Berhad (MPB), Mohd Saifuddin Mohd Din, 38 tahun atau Dino selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh, Johor Bahru,  jam 11.30 pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 11.10 malam tadi di Hospital Sultanah Aminah (HAS), akibat kencing manis.

Ibu saudaranya, Anis Mohd Don berkata, urusan memandikan jenazah disempurnakan di Unit Forensik hospital HSA sebelum dibawa ke Masjid Kolam Air untuk disolatkan.

Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Kebun Teh untuk dikebumikan.

Kisah Dino pernah disiarkan Buletin Utama pada 24 Januari lalu.

Dino merupakan antara watak penting yang mewarnai slot berita sukan sama ada di peringkat nasional mahupun serantau.

Dino pernah terbabit dengan beberapa tugasan sukan antarabangsa, termasuk Sukan SEA Palembang 2011, Sukan SEA Myanmar 2013, Sukan SEA Singapura 2015 dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.