comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah dua beradik dikebumi dalam satu liang lahad

 

KOTA BHARU: Jenazah dua beradik yang maut dalam insiden kebakaran semalam dikebumikan dalam satu liang lahad jam 6 petang tadi.

Jenazah mereka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gertak Kechupu, Kampung Mentuan, Kota Bharu.

Terdahulu, jenazah Muhammad Huzaifah Abdul Halim, 31 tahun dan adiknya, Aisyah Abdul Halim, 22 tahun yang menghidap Sindrom Down disembahyangkan di Masjid Al Ihsan Mukim Mentuan.

Majlis pengebumian dua beradik itu dihadiri hampir 200 ahli keluarga, saudara mara dan penduduk kampung.

Ibu mereka, Rubiah Ismail ketika ditemui meluahkan rasa syukur kerana kedua-dua anaknya sudah selamat dikebumikan selain reda dengan ketentuan Illahi dengan apa yang terjadi.

Ujarnya, dia akan merindui suara comel Aisyah yang sering membaca al-Quran mengikut caranya sendiri.

Rubiah yang juga guru mengajar al-Quran turut berkata, dia akan menumpang di rumah saudara buat sementara waktu sebelum mencari tempat baharu untuk berteduh.

Dua beradik itu maut selepas kediaman mereka terbakar di Kampung Mentuan Sering dalam kejadian 8.30 malam semalam.

Ketika kejadian, Rubiah berada di masjid berdekatan untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak sebelum dimaklumkan orang kampung mengenai kejadian itu.

Loading...
Terkini