comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah empat beranak mangsa nahas selamat dikebumi

ALOR GAJAH: Jenazah empat beranak yang meninggal dunia dalam tragedi kemalangan jalan raya di Simpang Tiga, Jalan Kolam Machap, Alor Gajah, selamat dikebumikan jam 3.15 pagi tadi.

Jenazah Ibrahim Daud, 71, dan isterinya, Latipah Dorahim, 66 tahun, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh, Jasin.

Manakala jenazah menantu mereka, Syazana Tahrin, 30 dan anaknya Yusuff Daniel Muhammad Izwan, 5 tahun, pula disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pondok Batang, Jasin.

Terdahulu, keempat-empat jenazah dimandi dan dikafankan di Hospital Alor Gajah, sebelum solat jenazah disempurnakan di Masjid An-Nur, Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh, dengan diimamkan oleh Imam Satu masjid berkenaan, Saari Adun.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi semalam, semua mereka maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Simpang Tiga, Jalan Kolam Machap.

Pemandu kenderaan yang juga suami Syazana, Muhamad Izwan Ibrahim, 30 tahun, tidak mengalami kecederaan.

Manakala seorang lagi anak mereka, Aniq Fahim, 3 tahun, dilaporkan kritikal dan masih dirawat di Hospital Melaka. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini