comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah Muhammad Syafiq dikebumikan di kampung halaman 

 

KUANTAN: Jenazah anggota polis, Muhammad Syafiq Ahmad Said tiba di kediaman keluarga Allahyarham di Taman Seri Mahkota Jaya, Batu 11, Jalan Kuantan-Gambang, di sini kira-kira jam 4.40 petang.

Solat jenazah dilaksanakan kira-kira 30 orang di rumah Allahyarham yang turut disertai Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, pegawai dan ahli keluarga dan saudara mara.

Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang, untuk dikebumikan.

Turut menziarahi dan memberi penghormatan terakhir, pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, saudara mara dan rakan.

Jenazah Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said selamat tiba di rumah bapa Allahyarham di Taman Seri Mahkota Jaya, Batu 11, Jalan Kuantan-Gambang, Kuantan. – FOTO: NSTP

Sebelum itu, Pegawai Khas Menteri Besar Pahang, Yunan Abdul Samad hadir memberikan sumbangan RM8,000, masing-masing RM5,000 daripada Kerajaan Pahang dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (RM3,000) kepada bapa Allahyarham Ahmad Said Md Piah, 65.

Dalam kejadian serangan pada 2.45 pagi, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis, Konstabel Muhamad Syafiq dan Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, masing-masing berusia 24 dan 22 tahun serta suspek.

Manakala, seorang lagi anggota pasukan keselamatan yang cedera dikenali Koperal Mohd Hasif Roslan dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini