Tumpuan :
Nasional

Jenazah Nurulhuda yang pertama dituntut keluarga

Oleh: Izzatie Rizan

PUTRAJAYA: Jenazah Nurulhuda Ramli yang maut selepas kereta dinaikinya bersama tiga individu lain dalam nahas berhampiran IOI Conezion Putrajaya telah dibawa keluar pada jam 6.40 petang tadi.

Waris memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves, Selangor malam ini.

Nurulhuda yang merupakan ibu tunggal meninggalkan lima cahaya mata yang masing- masing berusia 8 hingga 21 tahun.

Dalam kejadian 12.10 tengah malam tadi, sebuah kereta Perodua Viva yang dinaiki masing-masing dua lelaki dan wanita dipercayai terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Muhammad Danial Mohd Nuzi, 24; Nurulhuda Ramli, 41; Amizan Sapiie, 27; dan Nizasuhana Ujang, 28.

Terdahulu, polis mengesahkan empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dilaporkan berkata, kemalangan membabitkan Perodua Viva yang dipandu dari arah Kajang hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar penghadang jalan berhampiran susur masuk pusat komersil berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini