comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah pendaki Malaysia dijangka tiba di tanah air Sabtu ini

Allahyarham Zulkifli Yusof dilaporkan meninggal dunia ketika ekspedisi pendakian di Gunung Denali, Alaska.

PETALING JAYA: Jenazah pendaki Malaysia, Allahyarham Zulkifli Yusof, 37, yang meninggal dunia semasa mendaki di Gunung Denali, Alaska akan diterbangkan pulang ke tanah air hari ini.

Perkembangan itu dikongsi Kelab Jelajah Alpine Malaysia (ACM) sebentar tadi.

“Jenazah Allahyarham Zulkifli Yusof yang kini ditempatkan di rumah mayat di Anchorange, Alaska akan diterbangkan pulang ke tanahair pada hari ini 12 Jun 2024 jam 7.15 pagi waktu tempatan dengan penerbangan transit di Los Angeles dan Incheon, Korea.

“Jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 15 Jun 2024 jam 8.55 pagi melalui penerbangan Korean Airlines,” jelas ACM.

Jenazah kemudiannya akan dibawa ke Masjid Al Mahmudiah di Kampung Temerlok, Trong, Taiping, Perak sebelum dikebumikan selepas solat Zohor.

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles membantu menguruskan kepulangan Allahyarham.

“Kami mohon agar rakan-rakan berdoa agar proses membawa pulang jenazah berjalan dengan lancar,” jelas ACM lagi.

Allahyarham Zulkifli dilaporkan meninggal dunia ketika ekspedisi pendakian di Gunung Denali, Alaska.

ACM mengesahkan, jenazah yang terkandas selama tiga hari di gunung terbabit berjaya dibawa turun dari lokasi kejadian pada 8.30 pagi, 1 Jun lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini