comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah Siti Nor Hafiza selamat tiba di KLIA, dibawa ke Masjid Jamek Kampung Baru

Jenazah Allahyarham Fiza selamat tiba di Malaysia dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Jalan KL-Karak, hari ini.

KUALA LUMPUR: Jenazah wartawan hiburan, Allahyarham Siti Nor Hafiza Kamarudin, 40, atau Fiza yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini akan dibawa terus ke Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, untuk disolatkan.

Presiden Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin memaklumkan urusan solat jenazah akan dilakukan sekitar jam 11 pagi ini.

“Sebaik urusan di KLIA selesai, jenazah akan terus dibawa ke masjid untuk urusan solat jenazah.

“Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan sebelum dibawa ke di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Jalan KL-Karak untuk dikebumikan,” katanya.

Sementara itu, Tengku Khalidah turut memberitahu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil akan menyantuni dan memberi sumbangan keluarga Allahyarham Siti Nor Hafiza di kediaman keluarga Allahyarham di Ampang, Selangor sekitar jam 3 petang ini.

Terdahulu, industri kewartawanan tanah air berduka selepas dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham yang meninggal dunia di London ketika bercuti akibat pendarahan otak.

Allahyarham dilaporkan pengsan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, sewaktu menunggu penerbangan pulang ke Malaysia selepas bercuti ke negara tersebut sejak pertengahan Disember lalu.

Allahyarham yang juga bekas pesakit kanser payudara, namun sel barah berkenaan dikatakan kembali aktif selepas enam tahun disahkan bebas daripada penyakit tersebut.

Lebih memilukan, percutian yang dirancang ke London kali ini merupakan hajat terakhir Allahyarham bagi menunaikan janji bersama anak iaitu Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini